- Termokimia adalah kajian perubahan haba terhadap tindak balas kimia . - Terdapat 2 jenis tindak balas kimia iaitu: Tindak balas Eksotermik - Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem . Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat. Tindak balas Endotermi k- Endo bermaksud dalam manakala termik bermaksud haba . Endotermik bermaksud haba yang diserap masuk ke dalam dalam bahan hasil tindak balas. Oleh itu suhu bahan tindak balas akan meningkat. Tindak balas eksotermik: Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas ΔH = H h - H b Tindak balas Endotermik Perubahan tenaga tindak balas Endotermik akan menunjukan nilai positif , iaitu Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas ΔH = H h - H b VIDEO ANIMASI TERMOKIMIA
Blog ini khusus untuk mengakses nota dan latihan yang disediakan mengikut minggu ke minggu.